UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Zainol Abidin Ishak
Title :Kesan modul bimbingan kaunseling kelompok penyesuaian remaja terhadap motivasi, asertif, empati, harga diri dan kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar salah laku disiplin (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2016
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini melibatkan dua peringkat, iaitu kajian tinjauan dan kajian kuasi eksperimen. Tujuan kajian tinjauan adalah untuk mengukur perbezaan aspek psikologi iaitu motivasi, asertif, empati, harga diri dan kecerdasan emosi mengikut gender dan lokasi serta hubungan aspek psikologi berkenaan dengan salah laku disiplin dalam kalangan pelajar salah laku disiplin. Manakala kajian kuasi eksperimen pula bertujuan mengukur kesan Kaunseling Kelompok Penyesuaian Remaja (KKPR) terhadap motivasi, asertif, empati, harga diri dan kecerdasan emosi berdasarkan ukuran pra ujian dan pos ujian antara kelompok rawatan dengan kelompok kawalan. Sampel kajian tinjauan seramai 542 orang yang dipilih secara persampelan rawak berstrata. Sampel kajian kuasi eksperimen pula terdiri daripada 120 pelajar bandar dan luar bandar yang dipilih secara rawak bertujuan. Sampel diagihkan kepada dua kumpulan iaitu 60 kelompok rawatan (15 lelaki, 15 perempuan bandar dan 15 lelaki, 15 perempuan luar bandar) serta 60 kelompok kawalan (15 lelaki, 15 perempuan bandar dan 15 lelaki, 15 perempuan luar bandar). Data dikumpul menggunakan Instrumen Remaja Salah Laku Disiplin (IRSLD). Nilai kesahan dan kebolehpercayaan IRSLD agak tinggi iaitu antara .73 hingga .92. Data kajian tinjauan dianalisis secara deskriptif iaitu perbandingan min dan secara inferensi menggunakan Ujian-t dan Anova Sehala. Manakala data kajian kuasi eksperimen pula dianalisis secara inferensi menggunakan Ujian-t, ANCOVA dan MANCOVA dan Ujian Post Hoc. Dapatan kajian tinjauan menunjukkan aspek psikologi pelajar perempuan lebih tinggi berbanding lelaki. Aspek psikologi pelajar bandar lebih tinggi berbanding luar bandar. Terdapat hubungan signifikan negatif antara motivasi dan kecerdasan emosi dengan salah laku disiplin. Dapatan kajian kuasi eksperimen menunjukkan KKPR dapat meningkatkan aspek psikologi iaitu motivasi, asertif, empati, harga diri dan kecerdasan emosi secara signifikan dan berlaku penurunan aspek salah laku disiplin kelompok rawatan berbanding kelompok kawalan. Hasil kajian juga mendapati terdapat perbezaan kesan rawatan KKPR terhadap aspek psikologi berdasarkan gender iaitu kelompok rawatan perempuan lebih berkesan berbanding kelompok lelaki. Namun tiada perbezaan kesan rawatan KKPR berdasarkan lokasi. Secara keseluruhan menunjukkan modul KKPR berkesan meningkatkan aspek psikologi dalam kalangan pelajar salah laku disiplin.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)